Sunday, December 19, 2010

wasiat terakhir Rasullullah S.A.W

Pesanan ini disampaikan dalam khutbah terakhir Baginda di Lembah Uranah, Gunung Arafah, berhampiran kota Makkah pada 9 Zulhijah tahun ke-10 Hijrah.

Isi khutbah itu adalah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan.

"Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas ini.

"Oleh itu, dengarlah dengan teliti kataku dan sampaikan ia kepada orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

"Wahai manusia, sebagaimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.

"Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

"Janganlah kamu menyakiti sesiapa pun supaya orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

"Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

"Allah mengharamkan riba, justeru, segala urusan membabitkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.

"Dia (syaitan) sudah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara kecil.

"Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, maka mereka juga mempunyai hak di atas kamu.

"Jika mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

"Layani wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah dengan mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.

"Dan hak kamu atas mereka adalah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasa pada Ramadan dan tunaikan zakat daripada harta kekayaan kamu.

"Kerjakanlah 'ibadat haji' jika kamu mampu.

"Ketahuilah bahawa setiap Muslim ialah saudara kepada Muslim lain.

"Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia daripada yang lain kecuali dalam takwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang kamu kerjakan.

"Oleh itu, awasilah supaya jangan sekali-kali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran selepas kewafatanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepas aku dan tidak akan lahir agama baru.

"Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kataku yang sudah aku sampaikan kepada kamu.

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.

"Itulah al-Quran dan sunnahku, hendaklah orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.

"Semoga orang yang terakhir lebih memahami kataku daripada mereka yang terus mendengar dariku.

"Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya sudah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-Mu."

Thursday, December 16, 2010

Membangun keyakinan

Seseorang yang telah mampu menghentikan pengabdian dirinya kepada selain Allah,akan menghasilkan peribadi- peribadi yang hebat,

kita adalah wakil Allah yang Mahabesar, buatlah perubahan besar,bangunlah bangsa dan peradaban yang luhur.

Pemimpin harus sudah menjelajahi dirinya dan mengenali secara mendalam siapa dirinya, Sebelum dia memimpin keluar, dia harus memimpin kedalam.

Mulailah dengan doa!sebuah anjuran Nabi, artinya memulai sesuatu dengan tujuan. Mulailah dengan visi,adalah lankah awal dari prinsip keaturan

Orang yang ragu-ragu tidak boleh berbuat apa-apa.Ia akan mengeluarkan sedikit energinya, kalau ragu engkau akan berhenti ditengah jalan.

Bagaimana energi itu muncul,dzikirlah Allahu Akbar, Allah maha Besar,adalah senergi para Nabi dalam mengubah wajah Dunia.

syahadat

syahadat akan membangun suatu keyakinan dalam berusaha, sehingga menciptakan suatu daya dorong dalam mencapai tujuan.

 syahadat adalah suatu penetapan misi yang akan menghasilkan suatu bayangan nyata tentang tujuan akhir yang digambarkan dalam bentuk syurga.

syahadat akan membangkitkan keberanian dan optimisme, sekaligus menciptakan ketenangan batin dalam menjalankan misi kehidupan.

Tuesday, December 14, 2010

sebuah pengharapan...


Dengan namamu Ya Allah kami pohon  moga niat dan amalan kami dalam membangunkan tamadun islam kau berkati, kau permudahkan segala urusan kami, berikanlah kami  kejayaan di dunia dan di akhirat, jadikan kami orang orang yang sentiasa bersyukur dengan apa yang kau berikan dan jadikan apa yang kami miliki ini  akan menambah amal kami padamu, agar bertambah kecintaan kami pada mu dan pada Rasulullah. Amin.
selagi punya kesempatan jadilah seperti matahari yang memberi kebaikan dan menyinari semua tampa mengira apa pun kerana anda adalah wakil Allah An Nur(maha cahaya)